Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini

455

Matawang USD masih didagangkan lemah dan berhati-hati pada dagangan Rabu menjelang mesyuarat FOMC awal pagi esok. Jangkaan bank pusat FED akan menaikkan kadar faedah kali terakhir untuk tahun ini namun kebimbangan terhadap proses pengetatan polisi yang dijangka perlahan menjadi perhatian pelabur. Dengan kejatuhan nilai matawang USD sejak awal minggu ini telah memberi peluang untuk matawang utama yang lain untuk kembali mengukuhkan nilai.

Sterling antara salah satu matawang yang mendapat kelebihan daripada kelemahan matawang USD. Di samping itu, faktor yang mendorong kenaikan pada nilai matawang GBP juga adalah perkembangan positif dalam isu Brexit di mana  penganalisis berpendapat pasaran optimis terhadap Perdana Menteri Britain Theresa May yang berusaha meyakinkan bahawa beliau akan mendapat kelulusan di Parlimen dan mendapat sokongan untuk perjanjian Brexit tersebut.

Dalam perkembangan yang lain, isu bajet Itali kembali menunjukkan isyarat yang positif setelah Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini berkata pada Selasa, beliau sangat berpuas hati dengan hasil perundingan belanjawan dan percaya pelan belanjawan tersebut bakal membantu jutaan rakyat Itali untuk tahun 2019. Salvini walau bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang perundingan bersama Suruhanjaya Eropah dan tidak memberi sebarang maklumat terperinci berkenaan perubahan pada bajet tersebut.

Sementera itu, matawang komoditi dollar CAD kembali didagangkan merosot dan antara matawang yang paling lemah pada sesi dagangan Selasa. Ini adalah berikutan kejatuhan harga minyak yang didorong oleh spekulasi bahawa pengeluaran minyak Amerika Syarikat dan Rusia telah mencecah paras rekod pengeluaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat