Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini Tengahari Ini

1,316

Matawang AS Dolar didagangkan melemah setakat ini kerana kebimbangan pelabur menjelang pilihan raya pertengahan Amerika Syarikat yang akan mengukur keyakinan terhadap pentadbiran Donald Trump. Parti demokrat dijangka memenangi Dewan Perwakilan (House) manakala Parti Republik cenderung untuk mengekalkan kedudukan mereka di Dewan Senat.

Sementara itu, Pound terhenti daripada penurunannya ekoran harapan yang tinggi terhadap perjanjian Brexit akan tercapai. Ini kerana terdapat ucapan daripada Perdana Menteri Theresa May yang mengatakan bahawa perjanjian adalah hampir 95% akan tercapai.

Dalam perkembangan di Euro pula, matawang tersebut melonjak atas faktor kelemahan USD dan laporan terbaru mengenai Itali. Menteri kewangan Itali Giovanni Tria mengatakan beliau telah memberi isyarat kepada menteri Eropah bahawa Itali sedang berusaha untuk mematuhi bajet Kesatuan Eropah.

Selain itu, tumpuan pasaran untuk sesi Asia hari ini tertumpu kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Reserve Bank of Australia (RBA). Untuk mesyuarat 25 kali berturut-turut, RBA mengekalkan kadar faedah pada bacaan 1.50% pada mesyuarat dengan bernada neutral. RBA sekali lagi mengulangi, kadar faedah yang rendah akan membantu ekonomi Australia. Bukan itu sahaja, RBA juga menyebut mengenai kadar inflasi yang masih lagi rendah.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain sedikit menaik kepada 0.08% setakat 12:00 tengahari.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.02%, dimana GBP/USD didagangkan menaik 0.09%. USD/JPY pula mendaki 0.09% dengan USD/CAD didagang 0.02% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang menguat pada 0.05%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.02% dan 0.08%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat