Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Awal London Open

458

US dollar meneruskan kenaikannya pada Jumaat berbanding beberapa matawang utama yang lain dengan sentimen semakin baik dalam pasaran global. Terbaru, Amerika Syarikat akan menghantar delegasinya ke China untuk berunding dalam isu perdagangan yang akan diketuai oleh Larry Kudlow.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain membuat kenaikan 0.16% setakat pada pukul 3.19 petang.

Matawang US dollar secara tiba-tiba menguat sekitar pukul 10 malam pada Khamis berbanding matawang-matawang utama yang lain. CNBC melaporkan Kudlow iaitu Ketua Pengarah Majlis Ekonomi Amerika Syarikat akan berangkat ke China untuk menyelesaikan segala masalah perdagangan dua hala AS-China.

Major pair EUR/USD jatuh 0.31% dengan GBP/USD jatuh 0.21%. USD/JPY pula naik 0.11%, USD/CAD jatuh 0.19% dan USD/CHF naik 0.23%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.28% dan jatuh 0.31% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah USD, manakala matawang yang paling lemah adalah Euro. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/USD jatuh sebanyak 0.31% setakat ini.

Sejak daripada sesi dagangan Khamis, US dollar tidak lagi didorong oleh kenaikan Hasil-Bon 10-Tahun Kerajaan AS (US10-year Treasury Yields). Kini penanda aras kadar faedah jangka panjang di Amerika Syarikat itu membuat penurunan dan jatuh di bawah paras 3.0%. Hasil bon kini berlegar di sekitar 2.975% setakat pada awal sesi London pada Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat