Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Malam Ini

364

Matawang US dollar melemah pada awal dagangan hari Selasa dengan tiada sebab yang jelas kepada pergerakan tersebut. Kini US dollar didagangkan di bawah paras tertinggi lima bulan yang lalu selepas aktiviti pengambilan untung pasaran.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.14% setakat pada pukul 9.21 malam.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.05% dengan GBP/USD naik sebanyak 0.10%. USD/JPY pula susut 0.12%, USD/CAD susut 0.22% dengan USD/CHF membuat penurunan sebanyak 0.23%. AUD/USD naik sebanyak 0.20% dan NZD/USD merekodkan kejatuhan 0.06% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD, manakala matawang paling lemah adalah Euro. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/CAD jatuh 0.30%.

Matawang CAD kekal menjadi matawang terkuat dalam sesi New York dengan harga minyak mentah global kekal berada di paras tertinggi pada Selasa. Minyak WTI (West Texas Intermediate) setakat ini didagangkan di sekitar $72.43 setong hanya sedikit di bawah paras tertinggi lebih daripada tiga tahun yang lalu.

Matawang GBP adalah antara matawang yang menjadi perhatian pada Selasa dengan pergerakan yang volatile dengan naik mendadak sekitar pukul 4 petang tadi berikutan komen ahli BoE, Vlieghe. Dalam keterangan yang diberikan terhadap Perbendaharaan UK tentang tahap kesihatan ekonomi Britain dan jangkaan polisi monetari, Vlieghe salah seorang ahli BoE berkata beliau melihat “kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur” dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Vlieghe menjangka akan terdapat kenaikan kadar faedah sebanyak 1.50% dalam tempoh tiga tahun akan datang. Dengan kadar faedah semasa di paras 0.50%, ia akan menjadikan kadar faedah naik ke paras 2% pada tahun 2021. Namun, komen Vlieghe itu tidak banyak menyokong kenaikan GBP secara kukuh kerana ia tidak dapat mengubah jangkaan terhadap keadaan politik semasa di Britain terutamanya isu Brexit.

Matawang Euro pada Selasa juga mendapat sokongan selepas komen oleh Suruhanjaya Eropah bahawa mereka akan memulakan rundingan dagangan bebas bersama Australia dan New Zealand.

Dalam perkembangan terbaru, sentimen pasaran secara keseluruhan beransur pulih dengan tindakan terbaru oleh China. China akan mengurangkan cukai import terhadap produk automobil dan juga alat ganti kereta, kata Kementerian Kewangan China pada Selasa. Ini adalah usaha kerajaan China untuk membuka akses yang lebih besar di dalam pasaran automotifnya sekaligus semakin meredakan ketegangan perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat