Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Pembukaan Sesi Eropah

485

US dolar melemah walaupun The Fed dijangka akan menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuarat FOMC pada Khamis. Pelabur menjangka komen hawkish dari Fed akan menyebabkan US dolar mengukuh.

Indeks US dolar menyusut berbanding enam matawang utama sebanyak 0.01% ke paras 89.46 setakat pada pukul 4.06 petang. US dolar kelihatan terus melemah keparas terendah dua minggu lalu pada awal sesi dagangan hari ini.

Pelabur menantikan keputusan perjumpaan FOMC samaada Fed bercadang untuk menaikkan kadar faedah tiga atau empat kali dalam tahun ini. Pasaran juga akan memerhati apa yang bakal diucapkan oleh Jerome Powell iaitu pengerusi baru The Federal Reserve. Fed dikhabarkan akan mencapai sasaran kadar inflasi 2% pada hujung tahun ini.

Pair USD/JPY menaik 0.12% ke paras harga Y106.22 setakat ini. Pair ini juga amat sesitif kepada peristiwa yang berlaku kebelakangan ini berikutan sentimen risk-off yang tercetus. Sebelum ini komen hawkish oleh Fed telah menyebabkan kenaikan US dollar, tetapi tariff dari Presiden Trump telah menyebabkan matawang itu melemah semula.

Pada hari Selasa, berkemungkinan besar bahawa negara Jepun akan dikecualikan daripada tariff keluli dan aluminium ujar menteri perdagangan Jepun, Hiroshige Seko.

Pair AUD/USD didagangkan dengan harga A$0.7700 jatuh sebanyak 0.22%. Australia dolar (AUD) membuat sedikit reaksi terhadap minit mesyuarat Reserve Bank of Australia (RBA) pada hari Selasa. Bank pusat akan terus berhati-hati terhadap pengukuhan matawang AUD yang menekan inflasi tetapi yakin dengan pertumbuhan ekonomi yang akan melebihi jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat