Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Sesi Asia Hari Khamis

594

US dollar tertekan pada Khamis selepas lonjakan yang dibuat oleh matawang GBP di mana risiko terhadap ‘Hard-Brexit’ yang semakin berkurangan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini merosot sebanyak 0.19% setakat pada pukul 10.39 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang menaik 0.14%, di mana GBP/USD merekodkan kenaikan 0.15%. USD/JPY pula merosot sehingga 0.21%, manakala USD/CAD jatuh 0.05%. USD/CHF membuat kejatuhan 0.22%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat kenaikan 0.14% dan 0.26% setakat ini.

Matawang terkuat setakat ini adalah Swissy (CHF), dan matawang paling lemah adalah USD. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pasangan matawang USD/CHF jatuh 0.22% setakat ini.

Matawang GBP menjadi tumpuan pasaran pada Rabu apabila membuat lonjakan sekitar pukul 9 malam. Hal ini berikutan laporan Bloomberg yang menyatakan UK dan Jerman masing-masing bersedia untuk mengabaikan permintaan penting bagi meneruskan perjanjian peralihan UK.

Laporan itu menunjukkan negara terbesar Zon-Eropah, Jerman bersedia untuk “menerima perjanjian dengan syarat yang lebih longgar terhadap hubungan perdagangan dan ekonomi dengan UK di masa hadapan dalam usaha EU untuk memuktamadkan perjanjian.”

Bukan sahaja matawang Sterling, tetapi Euro juga mendapat kesan positif daripada berita tersebut.

Satu lagi matawang yang menjadi perhatian pasaran pada Rabu adalah Loonie (CAD) di mana Bank of Canada (BoC) mengekalkan kadar faedahnya 1.50%. Dalam masa yang sama bank pusat menunjukkan kesediaan untuk mengetatkan dasar di masa hadapan.

Namun, apa yang menyebabkan CAD tertekan adalah perkembangan dalam rundingan NAFTA, di mana Trump menggesa untuk memuktamadkan perjanjian sama ada perjanjian dipersetujui atau sebaliknya. Perdana Menteri Trudeau pula menegaskan bahawa Kanada tidak akan menandatangani perjanjian yang merugikan negaranya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat