Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

927

Satu lagi babak kemuncak dalam drama Brexit berlaku pada dagangan semalam setelah pasaran dikejutkan dengan berita perletakan jawatan oleh Setiausaha Brexit, Dominic Raab. Beliau dalam suratnya kepada Perdana Menteri, menyatakan tidak menyokong draf perjanjian Brexit dan tindakannya itu turut disusuli oleh perletakan beberapa lagi jawatan penting dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Theresa May. Sehubungan itu, matawang Pound Sterling telah mengalami kejatuhan nilai yang mendadak dimana pergerakan pada chart pasangan matawang GBP/USD menunjukkan sehingga 300 pips penurunan harga. Sentimen pasaran semasa turut kembali dilihat berisiko dengan kebimbangan pelabur terhadap kepimpinan Theresa May mula meningkat. Penganalisis pasaran juga berpendapat bahawa dagangan Sterling akan terus mengalami kejatuhan dalam masa terdekat ini.

Beralih kepada perkembangan di zon Eropah pula, tidak banyak perubahan dapat dilihat pada krisis bajet Itali. Namun, laporan menunjukkan Perdana Menteri Itali Giuseppe Conte sedang berusaha untuk bekerjasama dengan Kesatuan Eropah berkenaan belanjawan kerajaannya untuk tahun 2019 di mana sebelum ini telah ditolak oleh Brussels, bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan dan juga dalam usaha untuk memberi manfaat kepada pasaran bon kerajaan Itali dan juga EURO.

Dalam perkembangan data ekonomi pada sesi New York, jualan runcit di Amerika Syarikat berkembang sebanyak 0.8% pada bulan Oktober kejatuhan -0.1% pada sebelumnya. Ini merupakan peningkatan yang terbesar sejak Mei lalu. Dalam masa yang sama, harga import juga menaik kepada 0.5% daripada 0.1% sebelum ini dimana data ini boleh memberi kesan kepada harga-harga pengeluar dan pengguna serta inflasi. Tumpuan pasaran pada hari ini akan terarah kepada data ekonomi inflasi di zon Eropah pada jam 6:00 petang.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.05% setakat pada pukul 11:00 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.07%, dimana GBP/USD di dagang positif 0.08%. USD/JPY pula melemah 0.27% dengan USD/CAD didagang 0.14% lebih rendah. USD/CHF juga di dagang sedikit rendah pada 0.03%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan merosot pada 0.16% dan 0.10%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat