Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

583

Dollar USD menunjukkan pengukuhan nilai matawangnya pada Isnin sebagai permulaan dagangan minggu ini selepas pelabur beralih ke arah matawang safe-haven berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang perlahan serta ketegangan perang dagang AS-China kembali melanda pasaran. Matawang USD dan Yen mendapat kelebihan ekoran keresahan para pelabur terhadap pasaran minyak mentah yang merosot pada minggu lalu seterusnya mendorong kepada pemulihan ekonomi global yang perlahan.

Presiden Donald Trump telah mengancam akan mengenakan tarif tambahan kepada kesemua barangan import China yang dianggarkan bernilai $267 billion, sekiranya Beijing gagal memenuhi tuntutan Amerika Syarikat. Pelabur kembali melihat keadaan sentimen pasaran adalah berisiko (risk-off).

Perkembangan Brexit pula, draf pelan Brexit Theresa May dilaporkan telah mendapat persetujuan oleh kesemua 27 pemimpin kerajaan dalam Kesatuan Eropah pada sidang kemuncak Ahad. Namun, Perdana Menteri Britain Theresa May bakal berdepan cabaran yang lebih besar untuk mendapatkan kelulusan di Parlimen. Akhbar Sunday Telegraph melaporkan Ahli Parlimen Konservatif 91 tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut atas pelbagai faktor dan dengan itu akan menyukarkan lagi perjanjian itu untuk mendapat kelulusan buat masa ini.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.07% setakat 11:30 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini mendatar 0.00%, dimana GBP/USD di dagang menyusut 0.05%. USD/JPY pula menguat 0.23% dengan USD/CAD didagang 0.18% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang menguat pada 0.08%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.19% dan 0.06%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat