Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

551

Matawang dollar USD terus dilihat mengukuh selepas Timbalan Pengerusi Federal Reserve, Richard Clarida optimis terhadap kenaikan pada kadar faedah namun menyatakan kepentingan untuk memantau data ekonomi Amerika Syarikat yang menghampiri paras neutral. Beliau menegaskan dalam ucapannya bahawa adalah sangat sukar bagi bank pusat untuk mengimbangi kadar faedah yang neutral dan juga kadar pengangguran di tahap yang maksima. Hal ini adalah disebabkan daripada kenyataan Pengerusi Jerome Powell pada bulan lepas yang menyatakan FED akan menaikkan kadar faedah lebih tinggi dari paras neutral sebagai isyarat yang positif untuk ekonomi AS terus berkembang maju. Pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan pasaran saham yang tidak stabil akan menjejaskan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh FED dalam masa terdekat ini.

Perkembangan Brexit pula, matawang Pound Sterling kembali didagangkan lemah berikutan kembimbangan kembali melanda pasaran dengan persoalan sama ada mampukah Perdana Menteri Britain, Theresa May berjaya mendapatkan kelulusan pelan perjanjiannya di Parlimen nanti. May sebelum ini membuat siri jelajah Britain untuk mendapatkan sokongan terhadap perjanjian peralihan Brexit bersama Kesatuan Eropah, namun timbalannya berpendapat bahawa Parlimen berkemungkinan menolak pelan perjanjian tersebut jika undian dibuat pada masa sekarang ini. May dilihat berdepan cabaran untuk mendapatkan undian daripada Parti Konservatifnya sendiri yang sebelum ini turut mengalami konflik dalam, serta parti pembangkang yang lain di mana perkara ini dilihat meningkatkan kebimbangan para pelabur.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.02% setakat 10:45 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini menaik 0.02%, dimana GBP/USD di dagang menyusut 0.05%. USD/JPY pula menguat 0.03% dengan USD/CAD didagang 0.11% lebih tinggi. USD/CHF pula di dagang menguat pada 0.05%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.08% dan 0.04%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat