Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

820

Matawang US Dolar bergerak mengikut pasaran Wall Street pada hari Jumaat di mana USD jatuh dari paras tertinggi dua bulan walaupun data KDNK (GDP) dicatatkan lebih tinggi dari jangkaan.

Pasaran saham A.S. berada di paras terendah pada hari Jumaat kerana kebimbangan perang perdagangan dan impaknya terhadap syarikat AS telah mencetuskan jualan besar-besaran dalam pasaran ekuiti.

Sementara itu, Euro pula masih terdedah dengan risiko perundingan bajet Itali dan permasalahan Brexit yang tiada kata putus buat masa ini. Untuk Pound Sterling pula, Brexit adalah penggerak utama buat masa sekarang di mana tiada perundingan yang jelas dicapai antara kedua-dua pihak EUUK.

Indeks US Dolar yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam mata wang yang lain menaik 0.11% setakat pukul 10:00 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.08%, di mana GBP/USD di dagang menurun 0.01%. USD/JPY pula turun 0.09% dengan USD/CAD didagang 0.01% lebih rendah. USD/CHF pula didagang baik pada 0.12%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan menurun 0.01% dan 0.06%.

Antara data tumpuan yang menjadi perhatian oleh pelabur pada minggu ini adalah penetapan dasar monetari Bank of England yang dijangka mengekalkan polisi sedia ada sementara menunggu keputusan Brexit dan data pekerjaan yang akan dikeluarkan oleh AS dan Kanada pada Jumaat ini.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat