Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

451

Sentimen pasaran yang berisiko gagal dimanfaatkan oleh USD untuk terus mengukuhkan nilainya. Matawang dollar USD menunjukkan penurunan dari paras tertinggi 18 bulan pada dagangan Isnin menjelang mesyuarat polisi bank pusat FED minggu ini dengan jangkaan kenaikan pada kadar faedah di Amerika Syarikat namun dengan nada yang berwaspada terhadap prospek ekonomi tahun hadapan. FED dijangka akan mengetatkan dasar monetari untuk kali ke empat tahun ini tetapi tumpuan pasaran adalah kepada kekerapan pengetatan dasar bank pusat untuk tahun hadapan pula. Dalam pada itu, pasaran turut melihat cabaran yang dihadapi oleh Amerika Syarikat untuk menangani konflik dagangan bersama China serta kebimbangan terhadap ketidaktentuan pasaran kewangan global yang memberi kesan terhadap nilai matawang dollar USD dalam pasaran semasa. Laporan oleh Reuters, berlaku sedikit ketegangan dalam mesyuarat WTO di antara kedua-dua wakil perdagangan daripada Amerika Syarikat dan China. Kedua-duanya dilaporkan saling berbalas kenyataan dan hal ini akan turut memberi kesan terhadap sentimen dalam pasaran.

Matawang EURO didagangkan mengukuh pada dagangan sesi Eropah berikutan laporan dagangan Itali yang lebih baik dari jangkaan. Namun, data tersebut dilihat bukan antara faktor utama yang menyokong pengukuhan EURO dan penganalisis pasaran berpendapat kenaikan pada nilai matawang EURO turut disebabkan oleh faktor kelemahan pada dagangan USD menjelang mesyuarat FOMC minggu ini. Sementara itu dalam perkembangan Brexit pula, Sterling telah membuat lonjakan dari paras terendah 20 bulan pada dagangan semalam setelah Perdana Menteri Britain Theresa May telah menjadualkan semula undian Parlimen yang ditangguh pada minggu lalu kepada pertengahan Januari nanti. Namun begitu, Sterling masih didagangkan berhati-hati ekoran keraguan pelabur terhadap rundingan Brexit tersebut yang mana masih berbaki hanya kurang empat bulan tempoh rundingan berakhir.

Matawang komoditi dollar CAD terus didagangkan merosot berikutan pasaran minyak mentah yang terus terjejas dan juga jangkaan terhadap data inflasi pada minggu ini yang dijangka menurun. Semalam, harga minyak mentah jatuh sebanyak 1% atas faktor kelebihan bekalan di Amerika Syarikat dan ditambah lagi dengan sentimen pelabur terhadap prospek pertumbuhan global yang merosot serta permintaan bahan api yang menguncup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat