Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

824

Matawang dollar USD positif pada dagangan Khamis sesi Asia setelah mengukuh berikutan kenaikan kadar faedah yang ditetapkan oleh bank pusat FED pada mesyuarat FOMC awal pagi tadi. Seperti jangkaan, kadar faedah dinaikkan pada kadar 2.50% untuk pengumuman Disember namun apa yang mengejutkan pasaran adalah rancangan untuk terus kekal komitmen kepada pengetatan polisi pada tahun hadapan walaupun dibayangi faktor ketidaktentuan pada pertumbuhan ekonomi global. Kenyataan pada mesyuarat FOMC kali ini dilihat tidak terlalu dovish seperti yang dijangkakan pasaran sebelum ini. Pelabur turut merasakan kekecewaan terhadap prospek kos pinjaman yang semakin meningkat pada tahun hadapan apabila FED tidak menunjukkan isyarat untuk memperlahankan proses pengetatan pada dasar monetarinya. Namun, pelabur tetap berhati-hati walaupun kebimbangan yang dirasai sebelum ini sedikit reda.

Tumpuan pada sesi Asia hari ini adalah pada data GDP (KDNK) di New Zealand dimana bacaan yang dikeluarkan menunjukkan angka penurunan dan menjadi faktor yang terus menyumbang pada kemerosotan nilai matawang dollar NZD. Manakala, data perubahan pekerjaan di Australia mencatatkan kenaikan sehingga 37,000 pertambahan pekerja namun data pengangguran pula menunjukkan sedikit kenaikan pada kadar 5.1% berbanding data sebelum ini dan jangkaan iaitu 5.0%.

Perkembangan di zon Eropah pula, EURO didagangkan positif setelah kegelisahan terhadap ketidaktentuan politik di Itali semakin pudar disokong lagi oleh data perdagangan yang kukuh pada dagangan Rabu. Kesatuan Eropah dilaporkan telah mencapai persetujuan bersama Itali dalam isu belanjawan 2019 dan kembali memberi keyakinan pelabur terhadap dagangan EURO. Sementara, Pound Sterling pula melemah di samping ketidaktentuan Brexit, ditambah pula data inflasi Britain yang menunjukkan penurunan sepertimana yang telah dijangkakan.

Matawang dollar CAD pula terus didagangkan berisiko berikutan ketidakstabilan pasaran minyak mentah global. Tambahan lagi data inflasi di Kanada yang dikeluarkan malam tadi menepati ramalan pasaran apabila menunjukkan penurunan pada kadar yang lebih rendah di paras -0.4%.

Tumpuan data ekonomi pada hari ini adalah terhadap penetapan kadar faedah oleh Bank of Japan (BoJ) yang dijangka kekal pada kadar yang rendah sementara data tumpuan di Britain adalah data jualan runcit yang akan diekeluarkan jam 5.30 petang ini manakala pada jam 8.30 malam pula fokus akan terarah kepada pengumuman kadar faedah oleh Bank of England (BoE) yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah yang sedia ada di paras 0.75%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat