Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

587

Matawang Yen dan Swiss franc menunjukkan kenaikan pada dagangan Isnin untuk minggu terakhir dagangan tahun ini berikutan permintaan yang meningkat terhadap aset safe-haven ekoran pasaran terkesan daripada faktor ketidakstabilan politik di Amerika Syarikat serta kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global yang semakin bergerak perlahan. Jumlah dagangan dalam pasaran dilihat menguncup disebabkan pasaran global yang kebanyakannya ditutup sempena cuti perayaan krismas, sementara pasaran di Jepun turut ditutup pada Isnin untuk bercuti.

Tiada sebarang data-data ekonomi tumpuan yang utama untuk minggu terakhir dagangan tahun ini dan dijangka pergerakan harga dalam pasaran akan bergerak perlahan sepanjang minggu ekoran kebanyakkan bank-bank pusat utama dunia turut bercuti. Kawal dagangan anda untuk minggu terakhir menjelang permulaan dagangan untuk tahun baru.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun 0.20% setakat 11:30 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini mendaki 0.17%, dimana GBP/USD di dagang mengukuh 0.20%. USD/JPY pula melemah 0.14% dengan USD/CAD didagang 0.24% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang menurun pada 0.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.24% dan 0.25%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat