Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

447

Matawang safe-haven Yen dan Swiss franc menunjukkan kenaikan nilai pada dagangan Jumaat selepas ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China kembali meningkat serta data ekonomi kedua-daua negara tersebut yang mencatatkan bacaan yang lemah dari jangkaan kembali menimbulkan semula kebimbangan terhadap pertumbuhan global. Reuters melaporkan pada Khamis, pentadbiran Trump sedang mempertimbangkan arahan eksekutif pada tahun baru untuk mengisytiharkan ‘national emergency’ yang akan menyekat syarikat-syarikat di Amerika Syarikat daripada menggunakan produk daripada Huawei Technologies dan ZTE. Ketegangan perdagangan di antara dua ekonomi gergasi dunia itu adalah dilihat faktor terbesar yang mendorong risiko dalam pasaran untuk tahun ini, walaupun Washington dan Beijing pada baru-baru ini telah bersetuju untuk melaksanakan gencatan perdagangan dalam tempoh 90 hari sementara mereka berusaha untuk berunding mendapatkan perjanjian yang dipersetujui bersama.

Dalam perkembangan lain, matawang Sterling pula didagangkan di sekitar paras terendah tiga hari dagangan pada Khamis ekoran para pelabur masih menunggu perkembangan terbaru berkenaan isu Brexit sementara matawang dollar USD sedang didagangkan lemah boleh memberi peluang untuk GBP mengukuhkan nilainya. Tumpuan Brexit adalah pada perkembangan pada Januari tahun hadapan di mana Perdana Menteri Britain Theresa May akan berusaha untuk meyakinkan para penggubal undang-undang untuk menyokong pelan perjanjian Brexit beliau seterusnya mendapatkan kelulusan Parlimen.

Matawang dollar CAD terus mengalami kejatuhan apabila terus mencatatkan paras ketinggian yang baru semalam untuk dagangan tahun ini pada chart pasangan matawang USD/CAD. Antara faktor yang dilihat menekan matawang Loonie ke paras rendah adalah berikutan daripada nilai matawang dollar USD dan juga kemerosotan pasaran minyak mentah global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat