Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

842

Matawang USD berlegar di paras tertinggi 16 bulan berbanding sekumpulan matawang utama yang lain kerana pelabur menjangkakan perkembangan ekonomi yang baik di Amerika Syarikat serta prospek terhadap kenaikan kadar faedah sekali lagi pada Disember ini.

Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat meningkat kepada paras tertinggi 18 tahun untuk Oktober. Sebahagian besarnya didorong oleh pasaran buruh yang mengukuh sekali gus menunjukkan ekonomi yang kukuh buat masa sekarang.

Sementara itu, data KDNK (GDP) zon Eropah untuk suku tahun ketiga mendedahkan bahawa ekonomi hanya berkembang sebanyak 0.2% sahaja berbanding jangkaan pasaran 0.4% dan merupakan perkembangan yang perlahan sejak suku tahun kedua 2014.

Dalam perkembangan di UK pula, Pound Sterling menjunam selepas agensi penarafan kredit Standard & Poor berkata ‘no-deal’ Brexit akan membawa Britain ke dalam kemelesetan. Bukan itu sahaja, kejatuhan GBP juga disebabkan oleh aliran keluar duit pelabur menjelang mesyuarat dasar monetari Bank of England pada hari Khamis di mana BOE dijangka mengekalkan kadar faedah.

Selain itu, matawang AUD hari ini tertekan oleh kerana data inflasi Australia yang tidak mencapai jangkaan serta data pengeluaran PMI China yang merosot. Tambahan lagi, People Bank of China (PBOC) melemahkan lagi matawang Yuan untuk hari ini pada paras terendah sejak 20 May 2008.

Tidak ketinggalan untuk mata wang CAD, Gabenor Bank of Canada Stephen S. Poloz menegaskan bahawa ekonomi Kanada menunjukkan momentum yang kukuh dan pertumbuhan ekonomi yang berkembang luas serta kadar inflasi bergerak menghampiri sasaran bank pusat.

Tumpuan pasaran sebentar nanti terarah kepada penetapan dasar monetari Bank of Japan. BoJ diramalkan akan mengekalkan program Quantitative Easing (QE) mereka buat masa sekarang memandangkan krisis perang perdagangan dan kegelisahan pasaran kewangan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat