Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

396

Matawang dollar USD didagangkan lemah pada Isnin berbanding matawang-matawang utama yang lain berikutan sentimen pasaran yang dilihat masih berisiko ekoran kebimbangan terhadap pertumbuhan global yang bergerak perlahan serta isu penutupan separa kerajaan Amerika Syarikat. Pasaran akan memberi perhatian terhadap perkembangan rundingan dagang antara Washington dan Beijing untuk tahun hadapan. Presiden Donald Trump dalam kenyataan yang dinyatakan pada akaun media sosial Twitter pada Ahad bahawa beliau menerima panggilan yang menyenangkan daripada rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping yang berkemungkinan perkembangan dalam rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China berjalan lancar.

Perkembangan di zon Eropah, Dewan Parlimen Itali dilaporkan telah meluluskan defisit belanjawan yang dikemaskini untuk tahun 2019 pada undian saat akhir sebelum Tarikh akhir tamat tempoh pada Isnin, 31 Disember demi mengelakkan tindakan dikenakan oleh Suruhanjaya Eropah dalam bentuk prosedur defisit yang berlebihan. Jangkaan defisit bajet yang dikemaskini mencapai kadar 2.04% berbanding kadar sebelum ini iaitu pada 2.4%.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, tumpuan terarah kepada data perkilangan di China di mana data yang dikeluarkan adalah bercampur-campur. Namun, pelabur lebih memberi perhatian terhadap angka pada data perkilangan yang lemah daripada jangkaan berbanding daripada data bukan-perkilangan yang mencatatkan bacaan yang positif. Justeru itu, dagangan proksi China terutamanya Australia akan melihat keputusan data tersebut sebagai negatif dan bakal memberi impak dalam pergerakan pasaran semasa.

Tumpuan utama pasaran pada minggu pertama untuk tahun baru ini adalah kepada laporan data pekerjaan NFP di Amerika Syarikat untuk bulan Disember serta data pekerjaan di Kanada. Angka pada perubahan kadar pekerjaan di AS dijangka meningkat kepada 181,000 pertambahan berbanding 155,000 pada data sebelumnya. Kadar pengangguran pula dijangka kekal pada kadar 3.7%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat