Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

699

Matawang AS Dolar adalah matawang yang paling lemah setakat ini. Pertumbuhan sektor pembuatan dilaporkan perlahan dengan indeks ISM jatuh ke 57.7 daripada 59.8 oleh kerana impak dari perang perdagangan. Bukan itu sahaja, antara faktor yang menyebabkan penurunan USD adalah hasil bon AS yang jatuh, pasaran yang positif dan pemulihan dalam pasaran saham yang menguatkan lagi permintaan terhadap matawang yang mempunyai pulangan yang tinggi seperti AUD dan NZD.

Pound Sterling antara matawang yang mengukuh selepas pelabur optimis terhadap perjanjian Brexit dan mesyuarat bank pusat yang positif. Dalam penetapan dasar monetari Bank of England (BoE), Walaupun BoE mengekalkan kadar faedah semasa dan jumlah pembelian aset tetapi BoE memberi isyarat kenaikan kadar faedah untuk masa depan akan menjadi lebih cepat jika Brexit berjalan lancar.

Dalam perkembangan perdagangan pula, Presiden A.S. Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dijangka dapat menyelesaikan pertikaian yang sedang berlaku sekaligus memberi kelebihan kepada matawang AUD kerana China adalah rakan dagang terbesar Australia.

Tumpuan terbesar pasaran pada hari ini adalah kepada data pekerjaan (NFP) yang akan keluar di Amerika Syarikat yang diramalkan akan memberi bacaan yang rendah secara keseluruhan. Data pengangguran dijangka tiada perubahan manakala purata pendapatan dijangka merosot.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.10 setakat 11.30 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.11%, di mana GBP/USD didagang menurun 0.19%. USD/JPY pula mendatar 0.00% dengan USD/CAD didagang 0.06% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang melemah pada 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan negatif 0.10% dan 0.02%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat