Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

526

Dollar USD kembali mengukuh berbanding majoriti matawang utama yang lain setelah FED mengekalkan kadar faedah yang sedia ada untuk kali ini namun tetap dengan pendirian terhadap pengetatan polisi dan optimis ke arah kenaikan kadar faedah pada Disember nanti. Keyakinan para pelabur terhadap kenaikan tersebut juga meningkat ekoran ekonomi di AS yang berkembang pesat, kenaikan inflasi dan juga pertumbuhan pekerjaan yang kukuh.

Sementara FED dalam proses untuk menaikkan kadar faedahnya, Bank of Japan pula dijangka akan terus mengekalkan polisi monetari yang longgar berikutan faktor inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Dalam perkembangan lain di Eropah, krisis defisit belanjawan Itali masih menjadi tumpuan pasaran dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi di sana yang melihatkan matawang EURO didagangkan lemah dalam pasaran semasa. Tambahan lagi, Euro juga turut melemah selepas imbangan dagangan Jerman dicatatkan perlahan dan amaran daripada Bundesbank bahawa ekonomi Jerman mungkin mengalami kemerosotan pada suku tahun ketiga.

Pound Sterling terus disokong dengan keyakinan para pelabur terhadap jangkaan Britain yang semakin hampir mencapai persetujuan dalam perjanjian Brexit. Namun, Menteri Luar Britain, Jeremy Hunt berpendapat perjanjian tersebut yang bakal dicapai dalam masa terdekat ini dilihat seperti agak terdesak. Namun begitu, beliau masih cuba memberi penyampaian yang positif dan mengatakan bahawa rundingan tersebut telah berada pada tahap yang terakhir.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat