Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

598

Mengimbas kembali dagangan pada minggu lalu, nilai matawang dollar USD kembali melonjak ke paras tertinggi 16 bulan berbanding EURO pada Jumaat berikutan kejatuhan pasaran ekuiti mendorong kepada keyakinan terhadap pengetatan polisi oleh The FED pada Disember nanti seterusnya mengembalikan semula kestabilan ekonomi di Amerika Syarikat.

Sementara itu, pasaran turut merasakan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global ekoran data ekonomi di China yang perlahan serta ketidakstabilan pasaran minyak mentah dunia. Di samping isu perang dagang AS-China yang masih berlarutan, data di China menunjukkan inflasi pengeluar menurun untuk bulan keempat berturut-turut pada Oktober ini dengan permintaan domestik dan aktiviti pembuatan yang semakin berkurangan, sementara jualan kereta turut menurun untuk bulan keempat berturut-turut.

Dalam perkembangan Brexit pula, keyakinan terhadap perundingan tersebut yang sebelum ini optimis menghampiri persetujuan perjanjian kembali pudar setelah timbul keraguan dalam kalangan pelabur. Hal ini berikutan Parti Ireland Utara yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri Theresa May, kemudiannya menyatakan pada Jumaat bahawa mereka tidak bersetuju kepada perjanjian Brexit buat masa sekarang. Dengan itu, nilai matawang Sterling kembali menjunam berbanding USD yang kembali mengukuh setelah mesyuarat polisi FED yang bernada hawkish.

Secara kesimpulannya, mata wang USD dilihat didagangkan lemah sepanjang minggu akibat terkesan daripada pilihanraya kongres yang diadakan di AS dan menjurus kepada ketidaktentuan politik di sana. Namun,nilai matawang Greenback itu kembali membuat lonjakan pada dagangan penghujung minggu dan mendominasi di antara mata wang utama yang lain dengan perkembangan ekonomi AS yang pesat serta jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat