Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

730

Dollar USD didagangkan tertinggi 16 bulan berbanding matawang utama yang lain setelah mendapat kelebihan di atas faktor aliran ke arah matawang safe-haven daripada aset yang berisiko berikutan ketidaktentuan politik di zon Eropah serta kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global. Keyakinan para pelabur kian meningkat dengan faktor ketegangan perang dagang antara AS-China, kebimbangan terhadap rundingan Brexit dan juga krisis bajet Itali. FED pula dijangka akan menaikkan kadar faedah pada Disember ini dengan disusuli beberapa lagi kenaikan pada pertengahan 2019.

Dalam perkembangan Brexit pula, matawang Pound Sterling sedikit menguat pada dagangan sesi New York semalam namun kembali didagangkan lemah semula setelah perundingan tersebut dilihat sukar mencapai persetujuan dalam masa terdekat ekoran isu sempadan Ireland yang masih belum menemui jalan penyelesaian.

Sementara itu, Euro berada di bawah tekanan ekoran krisis bajet Itali selepas suruhanjaya Eropah menolak bajet Itali untuk 2019 dengan alasan ianya melanggar peraturan fiskal Eropah. Kerajaan Itali mempunyai masa sehingga hari Selasa untuk mengemukakan bajet yang baru.

Tumpuan pasaran pada hari ini adalah kepada data ekonomi di United Kingdom iaitu data average earning di mana jangkaan pasaran adalah menaik kepada 3.0% berbanding 2.7% sebelumn ini.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.03% setakat 11:00 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.13%, dimana GBP/USD di dagang menaik 0.12%. USD/JPY pula melemah 0.11% dengan USD/CAD didagang 0.08% lebih rendah. USD/CHF pula di dagang sedikit merosot pada 0.09%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan menaik 0.08% dan 0.18%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat