Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

779

Setelah terjejas dengan ketidaktentuan politik selepas berakhirnya pilihanraya di Amerika Syarikat, nilai matawang USD kembali meningkat pada dagangan Khamis berikutan tumpuan pasaran mula terarah kepada mesyuarat polisi Federal Reserve awal pagi nanti. FED dijangka akan mengekalkan kadar faedah sedia ada dan akan memberi bayangan terhadap pengetatan polisi pada Disember ini.

Penganalisis pasaran melihat pilihan raya pertengahan penggal AS tidak memberi sebarang kejutan besar sementara EURO pula masih berada dalam tekanan ekoran krisis bajet di Itali. Dalam perkembangan lain, Pound Sterling masih didagangkan mengukuh dengan pasaran optimis terhadap perundingan Brexit di antara Britain dan Kesatuan Eropah.

Sementara FED sedang dalam proses untuk menaikkan kadar faedah, Bank of Japan pula terus mengekalkan polisi monetari yang lebih longgar disebabkan kadar inflasi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan. Dengan jurang perbezaan kadar faedah yang besar antara AS dan Jepun ini membuatkan dollar USD lebih menarik perhatian pelabur dan mendapat lebih permintaan berbanding Yen.

Perkembangan matawang komoditi pula, New Zealand dollar didagangkan agak mendatar dan kurang reaksi dari pelabur setelah bank pusat mengekalkan kadar faedah seperti yang dijangkakan. Aussie pula terus mengukuh untuk tiga sesi dagangan berturut-turut dan ditambah pula dengan data ekonomi di China yang melebihi jangkaan yang mana memberi kesan yang positif kepada matawang AUD di atas faktor Australia sebagai rakan dagang terbesar China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat