Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

813

Perkembangan Brexit pada dagangan Jumaat, laporan mengenai Setiausaha Alam Sekitar, Michael Gove akan kekal bersama kabinet sedikit mempengaruhi keyakinan media Britain untuk terhadap sokongan kepada kepimpinan Theresa May. Oleh itu,matang GBP sedikit membuat kenaikan daripada kejatuhan harga semalam. Sterling pada dagangan semalam mengalami kejatuhan teruk dalam dua tahun ini berikutan Setiausaha Brexit, Dominic Raab telah mengumumkan perletakan jawatannya disusuli beberapa lagi perletakan jawatan penting dalam kerajaan Theresa May. Hal ini telah menimbulkan situasi panik dalam pasaran dengan jangkaan pelabur Britain bakal meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Sementara itu, matawang safe-haven iaitu USD dan Yen mendapat manfaat daripada situasi yang berisiko dalam pasaran disebabkan aliran pelabur akan terarah kepada aset berpulangan rendah yang lebih selamat dan dengan itu matawang Yen menjadi matawang yang paling mendapat permintaan.

Perkembangan di zon Eropah pula, pelabur masih melihat harapan terhadap dagangan EURO setelah laporan mengenai Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte yang sedang berusaha untuk memberi kerjasama kepada Kesatuan Eropah bagi menyelesaikan isu belanjawan 2019 mereka. Presiden Draghi dalam ucapannya sebentar tadi juga menyatakan bahawa beliau menyedari akan kelemahan pada ekonomi di zon Eropah buat masa sekarang namun masih melihat risiko terhadap pertumbuhan ekonomi adalah masih seimbang.
Pasaran minyak mentah pula dilihat kembali stabil pada dagangan Jumaat berikutan jangkaan terhadap OPEC yang bakal mengurangkan pengeluaran minyak pada masa akan datang. Antara yang mendapat manfaat daripada isu ini adalah matawang dollar CAD.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.10% setakat pada pukul 7.45 petang ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini mendatar pada 0.00%, dimana GBP/USD di dagang meningkat 0.33%. USD/JPY pula melemah 0.30% dengan USD/CAD didagang 0.06% lebih rendah. USD/CHF juga di dagang positif pada 0.12%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan merosot pada 0.26% dan 0.37%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat