Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

1,198

Pasaran setakat ini bergerak agak perlahan pada sambutan Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat. Kebiasaannya pada hari sebegini, jumlah pelabur dalam pasaran akan berkurang serta kecairan pasaran akan rendah. Kesan daripada ini akan menyebabkan pergerakan yang perlahan dalam pelbagai instrumen kewangan. Memandangkan tiada berita ekonomi yang memberikan impak besar dalam kalendar ekonomi pada hari ini, tumpuan pelabur mungkin akan terus terarah kepada pergolakan politik Brexit dan krisis belanjawan Itali.

Terbaru, nilai matawang GBP kembali melonjak pada sesi pasaran Eropah setelah Suruhanjaya Eropah telah mengesahkan ke atas pengisytiharan politik terhadap hubungan masa depan baru di antara Kesatuan Eropah dan Britain. Ini adalah satu langkah yang positif namun perjanjian ini masih belum rasmi setelah Britain dan kesemua 27 kerajaan Kesatuan Eropah yang lain membuat persetujuan bersama. Berita ini telah mengurangkan kebimbangan dalam pasaran dan pelabur melihat Kesatuan Eropah dan Britain komited untuk membentuk satu jajahan bersama dan kerjasama yang lebih erat selepas ini.

Matawang USD didagangkan agak terancam dari awal sesi Eropah atas faktor sentimen pasaran yang sedikit pulih menyebabkan permintaan terhadap matawang bersifat safe-haven berkurangan. Bukan itu sahaja, hasil pulangan bon 10 tahun menurun selepas kemerosotan data domestik AS seperti penurunan dalam pesanan barangan tahan lama, tuntutan pengangguran yang meningkat dan sentimen keyakinan pengguna merudum.

Dalam perkembangan di Eropah, pelabur akan menumpukan perhatian terhadap minit mesyuarat yang akan dikeluarkan oleh European Central Bank (ECB) pada pukul 8:30 malam waktu Malaysia. Butiran yang akan diteliti oleh pelabur adalah berkenaan perkembangan ekonomi zon Eropah dan kadar inflasi serta prospek terhadap penamatan aktiviti pembelian aset pada akhir Disember ini.

Beralih kepada matawang komoditi seperti AUD dan NZD, kedua-dua didagangkan dalam keadaan merosot pada hari ini ekoran sentimen perselisihan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. AS dan China dilaporkan bertempur pada hari Rabu di pertemuan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Presiden Donald Trump telah mengenakan tarif yang bertubi-tubi terhadap China terutama untuk barangan import seperti keluli dan aluminium.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat