Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

428

Matawang dollar USD didagangkan merosot berbanding majoriti matawang utama yang lain pada dagangan Khamis setelah pasaran memberi reaksi terhadap komen Pengerusi FED Jerome Powell berkenaan kadar faedah di Amerika Syarikat berada di bawah paras neutral dan menandakan kitaran pengetatan polisi monetari selama tiga tahun semakin menghampiri ke penghujungnya. Walaupun ekonomi di Amerika Syarikat terus berkembang, namun kadar pertumbuhan dilihat semakin perlahan. Pelbagai faktor dilihat mendorong ke arah jangkaan FED berkemungkinan tidak akan meneruskan pengetatatan dasar monetarinya pada Disember nanti.

Sementara Pound Sterling pula turut didagangkan lemah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap undian Parlimen ke atas perjanjian Brexit setelah Bank of England (BOE) memberi amaran risiko kepada matawang GBP jika Britain keluar dari Kesatuan Eropah bukan dengan cara yang betul.

Data tumpuan pelabur pada sesi New York hari ini akan tertumpu kepada bacaan PCE di Amerika iaitu data rujukan utama inflasi Federal Reserve dan juga data pendapatan peribadi. PCE dijangka terus turun pada 1.9% berbanding 2.0% tempoh sebelum tetapi pendapatan dijangka meningkat kepada 0.4% daripada 0.2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat