Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

417

Matawang Euro meneruskan pengukuhan pada hari ini apabila terdapat kejatuhan dalam hasil pulangan bon Amerika Syarikat, sementara itu Yen beserta matawang yang berkaitan dengan isu perdagangan global termasuk Yuan mendapat permintaan. Pasaran semasa mula memberi tumpuan terhadap Federal Reserve mengenai mesyuarat dan sidang akhbar yang akan memberi panduan baru untuk pasaran pada 2019.

Dalam perkembangan di Euro, perbincangan berterusan antara Itali dan Kesatuan Eropah serta indeks harga pengeluar yang mencatatkan kenaikan pada 0.8% berbanding 0.5% jangkaan telah membantu Euro untuk melepasi paras 1.14000 berbanding USD. Paras ini bertindak sebagai resistance paling kukuh selama beberapa hari yang lalu. Jika hasil pulangan bon Amerika Syarikat terus menjunam, Euro berkemungkinan akan mencapai angka tukaran 1.15000 dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, atas faktor kejatuhan besar AS Dolar juga telah memberi impak yang besar terhadap AUD. Tambahan lagi, Reserve Bank of Australia (RBA) pada sesi Asia telah mengekalkan dasar monetari seperti jangkaan pasaran dengan kenyataan yang agak positif. RBA mengulangi bahawa inflasi dijangka meningkat beransur-ansur dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan sektor pekerjaan berkembang baik serta jangkaan terdapat pengurangan di dalam kadar pengangguran.

Nilai matawang Sterling pula melonjak pada dagangan Selasa setelah kenyataan daripada peguam dari Mahkamah Keadilan Eropah yang menyatakan Britain memiliki hak untuk menarik balik notis pengunduran dari Kesatuan Eropah. Kenyataan daripada peguam bela tersebut yang tidak terikat kepada mana-mana pihak tetapi sebagai satu cadangan kepada jalan penyelesaian permasalahan Brexit ini memberikan sedikit kelegaan terhadap pasaran walaupun dalam masa yang sama Perdana Menteri Britain Theresa May masih bergelut untuk mendapatkan sokongan pelan Brexit di Parlimen.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat