Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

529

Pound Sterling dan Euro kedua-duanya melonjak pada dagangan hari ini memandangkan para pelabur terus memberi tumpuan terhadap perkembangan Brexit dan mesyuarat dasar monetari yang terakhir pada tahun ini oleh European Central Bank (ECB). GBP melantun daripada paras terendah 20 bulan sekitar 1.24780 sebanyak 1.1% selepas Perdana Menteri Britain Theresa May memenangi undian tidak-percaya. PM May memerlukan 159 jumlah undian untuknya sebaliknya die mendapat 200 undian daripada 317 undian keseluruhan.

Perdana Menteri Theresa May dilaporkan sedang menuju ke Brussels untuk menghadiri sidang kemuncak pemimpin-pemimpin Kesatuan Eropah (EU). Walaupun EU tidak akan merundingkan semula kesepakatan Brexit semasa, ia mungkin bersedia memberikan jaminan yang lebih besar mengenai masalah sementara berkenaan sempadan Ireland.

Matawang Euro pula menaik berikutan terdapat aktiviti pengambilan untung daripada posisi jualan menjelang mesyuarat ECB pada 8:45 malam ini. ECB dijangka akan menamatkan program pembelian bon mereka namun tumpuan pasaran adalah terhadap pandangan bank pusat mengenai pertumbuhan ekonomi dan waktu untuk kenaikan kadar faedah di Euro pada tahun hadapan. Selain itu, krisis bajet Itali juga menjadi tumpuan pasaran selepas Itali dijangka menurunkan sasaran defisit tahun depan kepada 2.04% berbanding 2.40% sebelum ini.

Dalam perkembangan lain pada sesi Eropah, Bank Negara Swiss (SNB) mengekalkan dasar monetari pengembangannya, dengan itu menstabilkan perkembangan harga dan menyokong aktiviti ekonomi. Kadar faedah kekal pada paras -0.75%. SNB berkata mereka akan terus aktif dalam pasaran forex sekiranya perlu dan berkemungkinan. SNB melihat KDNK pada 2019 dijangka menurun kepada 1.5% manakala inflasi untuk 2019 diramal merosot kepada 0.5% daripada 0.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat