Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

394

Matawang USD didagangkan merosot berbanding matawang-matawang utama yang lain pada hari ini menjelang mesyuarat Federal Reserve minggu ini sementara itu Yen pula terus disokong atas faktor aliran safe-haven dalam suasana pasaran yang membimbangkan berikutan prospek pertumbuhan global semakin merosot. FED dijangka menaikkan kadar faedah buat kali keempat pada tahun ini dan tumpuan pelabur adalah bayangan terhadap dasar pada tahun hadapan. Pegawai Kanan FED, termasuk Pengerusi FED, Jerome Powell, baru-baru ini dilihat lebih berhati-hati mengenai prospek dasar yang menggariskan peralihan sentimen pasaran dari beberapa bulan lalu berikutan peningkatan tanda-tanda kelemahan ekonomi global.

Manakala Yen dan CHF antara matawang yang menjadi permintaan pelabur setakat ini oleh kerana kedua-duanya adalah dikategorikan matawang bersifat safe-haven. Mesyuarat Bank of Japan (BoJ) juga akan menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini di mana BoJ dijangka akan mengekalkan dasar monetari sedia ada kerana kadar inflasi di Jepun masih berada jauh daripada sasaran BoJ.

Dalam sesi Eropah, kelemahan AS Dolar membantu pergerakan Euro untuk pulih daripada kemerosotan pada minggu lalu selepas mendapat tekanan oleh data tinjauan PMI yang meleset serta kenyataan daripada Gabenor Draghi yang ditafsirkan sebagai bernada dovish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat