Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

708

Matawang GBP berada pada paras 7 minggu terendah berbanding dolar pada hari ini berikutan keraguan semakin berkembang sama ada UK dan Kesatuan Eropah boleh mencapai kesepakatan atau tidak. Sumber dari Bloomberg melaporkan bahawa perbincangan Brexit ditangguhkan kerana kabinet Perdana Menteri Theresa May tidak cukup persediaan untuk membuat persetujuan mengenai cara meneruskan perundingan Brexit.

Matawang USD pula bergerak mendatar setakat ini ekoran pelabur sedang menunggu data pertumbuhan ekonomi pada sesi New York. Sekiranya bacaan yang dicatatkan keluar lebih rendah daripada jangkaan, kemungkinan terdapat kebimbangan di dalam pasaran berkenaan momentum pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Euro masih lagi didagangkan rendah sejak semalam selepas tiada sebarang perkembangan terbaru oleh European Central Bank (ECB) berkenaan dasar monetari mereka atas faktor ketidaktentuan geopolitik Itali dan politik Jerman.

Indeks USD yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam mata wang yang lain menurun sedikit -0.02 setakat pada pukul 6.00 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.18%, dimana GBP/USD di dagang meningkat 0.12%. USD/JPY pula turun 0.45% dengan USD/CAD didagang 0.59% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang baik pada 0.15%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan menurun 0.86% dan 0.76%.

Dalam perkembangan pasaran sesi Asia, mata wang Yuan jatuh ke paras terendah dalam 10 tahun selepas PBOC menetapkan kadar USD/CNY hari ini pada bacaan yang tinggi iaitu 6.9510. Hal ini menyebabkan pasaran kewangan dalam keadaan berisiko dan mata wang AUD adalah mangsa utama yang terkesan dalam suasana ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat