Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

777

Sterling jatuh ke paras terendah dua bulan pada sesi Eropah hari ini berikutan persediaan pelabur terhadap ucapan belanjawan tahunan oleh Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond.

Sementara itu, Euro bergerak mendatar bermula awal sesi Eropah sehingga setakat ini walaupun terdapat ketidaktentuan politik di Jerman selepas Angela Merkel mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan kepimpinan parti Christian Democrat Union (CDU) selepas 18 tahun memegang jawatan itu.

Menjelang pembukaan sesi pasaran New York, tumpuan pelabur akan terarah kepada data ekonomi di Amerika Syarikat iaitu data perbelanjaan individu (Personal Spending) dimana pasaran menjangkakan terdapat kenaikan dalam bacaan data ini daripada 0.3% kepada 0.4%.

Indeks USD yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain bergerak agak mendatar 0.04%.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.07%, di mana GBP/USD didagang menaik 0.12%. USD/JPY pula meningkat 0.31% dengan USD/CAD didagang 0.14% lebih rendah. USD/CHF pula didagang baik pada 0.18%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.07% dan 0.37%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat