Sentimen Terkini Pasaran Forex: Yen Masih Matawang Terkuat, CAD Paling Lemah

478

Matawang US dollar ketika ini dilihat lemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Khamis selepas membuat kenaikan ke paras tertinggi yang baru dalam sesi Rabu.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik sehingga 0.45% setakat pada pukul 2.40 petang. Indeks ini naik sehingga ke paras 94.00 buat pertama kali tahun ini pada sesi New York semalam.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.20% dengan GBP/USD naik sebanyak 0.20%. USD/JPY pula susut 0.41%, USD/CAD naik 0.11% dengan USD/CHF membuat penurunan sebanyak 0.19%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.09%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen, manakala matawang paling lemah adalah CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/JPY jatuh sehingga 0.49% setakat pada pukul 2.50 petang.

Antara tumpuan pasaran pada Rabu adalah laporan minit mesyuarat The Fed yang mana bank pusat itu akan membiarkan inflasi bergerak melebihi sasaran 2% buat sementara waktu. Hal ini menunjukkan sikap bank pusat Amerika Syarikat ini yang tdiak tergesa-gesa untuk mengetatkan polisi monetari.

Pasangan matawang USD/JPY pula dilihat meneruskan penurunan disebabkan pengukuhan matawang Yen. Yen adalah matawang terkuat pada Rabu berikutan permintaan tinggi kerana kebimbangan pasaran terhadap perang dagang. Terbaru, Presiden Trump pada Rabu mengarahkan siasatan kereta import sekaligus menambah lagi ketegangan dalam rundingan AS-China.

Dalam masa yang sama perkembangan dari Korea Utara juga tidak berapa baik dengan kritikan Korea terhadap Mike Pence, Naib Presiden Amerika Syarikat. Ini berikutan komen Pence yang menunjukkan takdir Korea Utara mungkin akan menjadi seperti Lybia. Lybia sebelum ini jatuh disebabkan pendekatan Amerika yang berakhir dengan penangkapan dan pembunuhan pemimpin Moammar Gadhafi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat