Sentimen Terkini Pasaran Global Setakat Malam Ini

60

Komoditi emas sedikit lemah pada Selasa dengan harga masih gagal naik ke paras 1300.00 tetapi masih berlegar di tidak jauh dari harga tersebut dan kini didagang di sekitar 1284.75.

Logam kelabu (perak) pula jatuh dalam dagangan lemah pasaran komoditi hari ini, di mana pilihanraya presiden Perancis dan United Kingdom akan menjadi risiko politik yang sedikit memburukkan sentimen pelabur.

Pasaran saham Eropah berhadapan dengan kejatuhan dengan saham berasaskan komoditi mengalami kesukaran menjelang pilihanraya pada Ahad. Tinjauan terkini juga menunjukkan persaingan yang semakin sengit di antara Macron, Le Pen, Melenchon dan Fillon. Melenchon kini berjaya mendahului Francois Fillon yang berhadapan  dengan tuduhan membayar ratusan ribu kepada isterinya sendiri.

Pasaran saham UK pula susut 1.7% selepas Perdana Menteri Theresa May mengumumkan pilihanraya umum yang akan diadakan pada 8 Jun tahun ini. Pengumuman yang mengejutkan ini adalah bagi mengukuhkan kedudukan partinya sebelum rundingan bersama EU diadakan.

Kini matawang GBP menguat secara berterusan sejak pukul enam petang tadi dan kini Gbp/Usd telah merekod kenaikan sebanyak 200 pip.

US dolar pula susut 0.3% yang dapat dilihat dalam indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain.

Harga minyak mentah dunia susut dalam sesi dagangan Selasa dengan kebimbangan terhadap kenaikan pengeluaran bekalan dari US.

Harga komoditi ini bergerak tinggi dalam sesi New York pada Isnin dengan kecairan pasaran yang sedikit di mana WTI naik sehingga menghampiri $53.20 setong. Walaubagaimanapun, harga gagal mengekalkan keuntungan tersebut dan kembali didagang di sekitar $53.00 dan terus jatuh ke paras $52.60 setong.

Saham carigali jatuh dalam sesi dagangan Asia berikutan kejatuhan harga bijih besi (iron ore)Dagangan hadapan komoditi ini telah mengalami kejatuhan sebanyak tujuh peratus hanya dalam masa dua hari walaupun data pertumbuhan ekonomi (GDP) China adalah memberangsangkan.

Kesannya kepada matawang dapat dilihat dalam pasangan matawang Aud/Usd di mana Australia adalah pengeksport terbesar biji besi ke China.

Tumpuan pasaran kini akan terarah kepada pilihanraya Perancis di mana saingan sengit bakal berlangsung pada 23 April ini. Pelabur sebelum ini khuatir jika Le Pen memenangi pilihanraya ini kerana pendirian beliau yang mahu meninggalkan Kesatuan Eropah dan tidak mahu menggunakan matawang Euro.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat