Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

481

Matawang US dolar mengukuh pada hari Rabu walaupun dihimpit dengan ketegangan perdagangan global yang berlarutan. Hal ini kerana pelabur memilih untuk melabur dalam matawang yang boleh mendatang hasil yang paling tinggi. Selain itu, pelabur memberi tumpuan pada jangkaan bahawa the Fed akan terus menaikkan kadar faedah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama naik sebanyak 0.49 peratus semalaman kepada 94.74. Namun setakat ini, Indeks US dolar telah susut kepada 94.34.

Sebelum ini matawang greenback jatuh 0.2 peratus berbanding yen pada hari Selasa.

Pasaran saham U.S. dan Eropah mula selepas sehari terjejas oleh kenyataan pentadbiran Trump berhubung sekatan yang dicadangkan terhadap pelaburan asing dalam syarikat teknologi U.S. Selain itu, terdapat tanda-tanda yang bahawa pengenaan tarif import mulai mengganggu rantaian bekalan.

Menurut penganalisis, risiko dalam pasaran telah mulai reda sedikit. Tambah beliau, terdapat ruang untuk US dolar untuk terus mengukuh kerana polisi monetari US lebih hawkish berbanding polisi bank pusat lain.

Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan pada hari Selasa percaya bahawa dasar monetari bank pusat A.S. masih akomodatif dan dicadangkan untuk dinaikkan kadar faedah sekurang-kurangnya dua kali sebelum ia berhenti menjadi akomodatif.

Walaupun kebimbangan berkaitan perdagangan mulai sedikit reda namun hal ini tidak membuatkan pelabur melepaskan peluang untuk mengambil risiko dengan melabur dalam matawang yang memberi hasil tinggi.

Matawang yang sensitif perdagangan seperti dolar Kanada dan dolar Australia jatuh berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat