Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

486

Matawang US dolar dibuka kukuh pada hari Selasa dalam sesi perdagangan Asia, kerana ketidakpastian politik di Jerman memberi kesan pada matawang Euro selepas Menteri Dalam Negeri Canselor Angela Merkel menawarkan diri untuk berhenti.

Euro sedikit berubah pada $ 1.1629 iaitu jatuh sebanyak 0.09 peratus. Semalaman matawang tersebut telah turun sebanyak 0.45 peratus.

Selain itu ketegangan perdagangan juga mendukung matawang US dolar berbanding matawang komoditi seperti Australia dolar dimana ekonomi negara tersebut sangat sensitif dengan perdagangan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenbacak berbanding enam matawang utama meningkat 0.07 peratus kepada 94.67.

Menurut penganalisis, matawang US dolar dapat mencatat pengukuhan kerana matawang komoditi menyusut berikutan risiko perdagangan.

“Matawang negara yang mempunyai defisit akaun semasa yang besar biasanya tidak menjadi pilihan semasa berikutan risiko, walaubagaimanapun US dolar adalah tinggi kecairan, maka risikonya lebih rendah.”

Mata wang yang berkaitan dengan komoditi seperti dolar Australia jatuh pada paras rendah 1- 1/2 pada hari Isnin dan yuan China telah jatuh ke paras terendah dalam tempoh sembilan bulan di tengah-tengah kegelisahan menjelang 6 Julai, dimana tarif US ke atas eksport Cina dijangka akan mula menampakkan kesan.

Reserve Bank of Australia (RBA) mengadakan mesyuarat dasar bulanannya pada hari Selasa ini dijangka akan mengekalkan kadar pada 1.5 peratus.

Tumpuan diberikan sama ada RBA akan memberi komentar mengenai ketegangan perdagangan A.S.-China baru-baru ini.

Matawang Aussie menyusut sebanyak 0.15 peratus kepada 0.7328 setakat jam 9.30 pagi.

Dolar mengukuh berbanding yen, disokong oleh data ekonomi U.S. yang kukuh, hasil bon yang lebih tinggi dan lonjakan harga saham di Wall Street.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat