Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

418

US dolar jatuh berbanding matawang lain berikutan ditekan oleh pengukuhan matawang Euro selepas Kanselor Jerman Angela Merkel mencapai kompromi imigresen, menghalang perpecahan kerajaan campuran.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan dolar berbanding enam matawang utama jatuh 0.10 peratus kepada 94.23 setakat jam 9.30 pagi.

Merkel pada hari Selasa telah berjaya menyelesaikan rundingan dengan rakan-rakan gabungan berhubung dasar penghijrahan sekaligu mengakhiri perseteruan yang dapat mengancam masa depan kerjaannya. Merkel dan Menteri Dalam Negeri Horst Seehofer bersetuju untuk mengetatkan kawalan sempadan dan menubuhkan pusat pegangan tertutup untuk membolehkan pemprosesan pencari suaka lebih cepat dan menghapuskan mereka dari senarai bagi yang tawarannya ditolak.

Sentimen ini telah melonjakkan matawang EUR/USD naik 0.16% kepada $ 1.1658 semalaman.

Dalam masa yang sama, tempahan kilang US yang lebih baik daripada jangkaan gagal mencetuskan pemulihan US dolar kerna para pelabur lebih memilih untuk mengambil keuntungan menjelang Hari Kemerdekaan U.S. pada hari Rabu.

Tempahan kilang U.S. naik 0.4%, disokong oleh permintaan yang kukuh bagi unit jentera, kata Jabatan Perdagangan pada hari Selasa. Data untuk bulan April disemak semula lebih tinggi, menunjukkan pesanan turun 0.4% daripada penurunan yang terdahulu yang dilaporkan sebelumnya sebanyak 0.8%.

Matawang yen dan Swiss mendapat permintaan, menambahkan lagi tekanan pada matawang US dolar,menjelang tarif perdagangan A.S. dan China yang akan berkuatkuasa pada hari Jumaat.

USD / JPY jatuh 0.31% kepada Y110.56, manakala USD / CHF 0.17% kepada 0.9919.

Tarif pentadbiran Trump pada pelbagai barangan Cina bernilai kira-kira $ 34 bilion dijangka berkuat kuasa pada hari Jumaat. Tarif 25% China juga akan berkuatkuasa Jumaat pada $ 34 bilion barangan A.S..

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat