Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

377

US dolar dibuka kukuh sehingga hampir ke paras tertinggi 10 hari lalu pada hari Jumaat walaupun ditengah ketegangan perdagangan US-China kerana didorong oleh data inflasi teras yang sejajar dengan jangkaan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama mengukuh sehingga paras 94.867 setakat jam 9.15 pagi.

Sebelum ini matawang tersebut telah mengukuh ke paras 94.941 pada penutupan pasaran hari sebelumnya sebelum menyusut kembali berikutan ketegangan perdagangan antara Washington dan Beijing.

Pengukuhan matawang greenback disokong oleh laporan kadar inflasi US teras yang dikeluarkan semalam menunjukkan bahawa data tersebut stabil  dan membolehkan the Fed meningkatkan kadar faedah.

Jika kadar inflasi/CPI teras terus meningkat kepada 2.3 peratus ia akan mengekalkan the Fed berada di landasan untuk meningkatkan kadar faedah dua kali pada tahun ini – ulas pakar ekonomi.

US dolar juga mengukuh berbanding yen iaitu pada paras 112.71 pada awal hari Jumaat, paras tertinggi enam bulan .

Tumpuan utama pada hari Jumaat kini ialah pada data perdagangan China yang akan dikeluarkan.

Matawang Euro pula menyusut berbanding US dolar kerana pengukuhan US dolar telah menghambat pergerakan Euro.

Matawang Pound juga lemah iaitu jatuh 0.2 peratus kepada $ 1.317 paras terendah sejak 3 Julai berikutan pandangan pelabur bahawa peletakan jawatan dua menteri euroskeptik utama, yang menimbulkan ketakutan terhadap “Brexit keras.

Menurut penganalisis, “Ketidakstabilan kerajaan UK adalah sebab utama kelemahan pound. Perletakan jawatan dua menteri beri kesan pada prospek ‘Brexit keras’ dan meletakkan tekanan pada matawang pound. “

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat