Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

435

Matawang US dolar dibuka kukuh pada hari Rabu sehingga mencecah paras tertinggi enam bulan berbanding matawang yen selepas pengerus the Fed Jerome Powell memberi kenyataan ‘hawkish’ terhadap ekomi US dan mengetakan bahawa peningkatan kadar faedah berada di atas landasan.

Powell melihat bahawa US saban tahun telah menunjukkan pertumbuhan yang stabil. Dalam masa yang sama turut menzahirkan kerisauan terhadap risiko yang dapat timbul berkaitan perang perdagangan.

Matawang US dolar mengukuh 0.05 peratus kepada bacaan 112.97 berbanding yen. Matawang Euro pula jatuh 0.02 peratus kepada 1.1658 berbanding US dolar setakat jam 9.40 pagi.

Menurut penganalisis pengukuhan matawang dolar adalah disebabkan peningkatan permintaan pelabur terhadap aset US.

Indeks saham Wall Street meningkat pada hari Selasa, dengan Dow Jones Industrial Average (DJI) mencatatkan keuntungan keempat berturut-turut selepas analisis optimis Powell terhadap ekonomi U.S

Pound sedikit berubah pada $ 1.3104 selepas susut 1 peratus pada hari sebelumnya iaitu pada paras 1.3068.

Penyusutan pound adalah disebabkan tekanan politik di UK. Pelabur menjangkakan akan lebih banyak cabaran dalam perdagangan pasca Brexit dengan Kesatuan Eropah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama naik 0.1 peratus kepada 95.051 selepas mengukuh 0.5 peratus pada hari sebelumnya.

Matawang Australia masih rendah meneruskan penyusutan pada hari Selasa berikutan pengukuhan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat