Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

524

US dolar dibuka kukuh berbanding matawang yen dan matawang utama yang lain pada hari Khamis berikutan ulasan pengerusi the Fed US yang mengesahkan jangkaan mengenai kadar faedah bank pusat pada tahun ini.

Di dalam kongress pada hari Selasa dan Rabu, Pengerusi the Fed, Jerome Powell menyatakan bahawa beliau percaya bahawa US telah berjaya mencatat pertumbuhan yang stabil saban tahun sehingga tahun ini dan sambil menyatakan terdapat kerisauan terhadap risiko yang dapat menimpa ekonomi US dalam konflik perdagangan yang semakin meningkat.

US dolar jatuh 0.1 peratus kepada 112.71 berbanding matawang yen pada awal hari Khamis selepas mencatat paras tertinggi 113.14 yen pada sesi sebelumnya.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang beradapa pada paras harga 95.07 selepas mencat pengukuhan tertinggi 3 minggu pada hari rabu.

Matawang Yuan China juga mengalami pengukuhan sedikit setelah jatuh ke paras 1 tahun.

Kejatuhan yuan saham luar persisir China jatuh setelah penasihat ekonomi tertinggi Presiden U.S., Donald Trump, Larry Kudlow, berkata pada forum pelaburan di New York bahawa dia percaya Presiden China Xi Jinping telah menyekat kemajuan dalam kesepakatan untuk menamatkan tarif U.S. dan China.

Menurut Kundlow, China boleh menamatkan tarif U.S. jika mereka mengambil pendekatan yang lebih adil dan disenangi.

Menurut penganalisis, tiada alasan untuk penjualan dolar pada ketika ini dan masalah perdagangan juga tidak akan memberi kesan yang besar.

Matawang sterling terus melemah jika dibandingkan dengan euro pada hari Khamis. Hal ini disebabkan matawang tersebut telah susut berikutan pergolakan politik tentang Brexit dan data inflasi yang lemah.

Matawang Euro telah mencatat paras harga 1.1649, mengukuh sebanyak 0.09 peratus setakat jam 10.00 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat