Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

532

US dolar menyusut pada hari Khamis dalam sesi Asia dan matawang euro mengukuh berikutan US dan EU bersetuju untuk memulakan rundingan bagi mengurangkan tarif. Hal ini telah mengurangkan kebimbangan pemain pasaran terhadap ketegangan perdagangan global yang semakin buruk.

Berikutan perbincangan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker, Presiden A.S. Donald Trump pada Rabu berkata mereka telah bersetuju untuk “bekerjasama untuk tarif sifar, sifar tarif bukan halangan dan sifar subsidi barangan perindustrian bukan auto.”

Matawang euro mengukuh 0.1 peratus kepada $ 1.1738 mengukuh selepas kenaikan 0.4 peratus pada hari sebelumnya.

Sebelum itu, matawang tersebut telah jatuh ke paras rendah $ 1.1664 pada Rabu berikutan laporan bahawa Trump sedang mempertimbangkan pengenaan tarif 25 peratus ke atas kereta buatan asing, sebelum keluarnya laporan bahawa Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah bersetuju mengelak daripada menimbulkan konflik perdagangan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback menyusut 0.25 peratus kepada 94.145 selepas mencapai 94.134, terendah sejak 11 Julai.

Menurut penganalisis, jurang matawang US dolar dengan yuan China telah mula besar kerana ketegangan perdagangan telah mereda. Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah seolah-olah mengisytiharkan penarikan pengenaan tarif dan harapan adalah bahawa perbincangan NAFTA dan berkaitan dengan China akan menjadi positif juga.

Matawang pound stabil pada $ 1.3200 berikutan keuntungan semalaman sebanyak 0.4 peratus. Dolar Australia naik berhampiran paras tertinggi dua minggu iaitu $ 0.7464 pada hari sebelumnya, apabila ia mencapai lebih daripada 0.5 peratus peningkatan.

Tumpuan pasaran ketika ini adalah tertumpu pada keputusan dasar Bank Pusat Eropah pada hari Khamis.

ECB dijangka mengekalkan dasar mereka, pelabur memberi tumpuan pada ulasan presiden bank pusat Mario Draghi sebagai rujukan mengenai kadar normalisasi dasar monetari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat