Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

479

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang yang lain pada hari ini berikutan tumpuan pelabur pada data pekerjaan AS yang dilihat baik pada Jumaat lalu. Pengukuhan ini juga didorong oleh keputusan FED yang ingin menaikan kadar faedah secara beransur-ansur pada tahun ini.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding beberapa matawang utama berubah hanya 0.07% setakat pada pukul 3.00 petang.

Jumaat lalu kerajaan AS mencadangkan tariff keatas barangan China sebanyak 200B USD. Tindakan AS itu membuatkan China bercadang untuk mengenakan tarif kepada barangan AS sebanyak 60B USD. Perang dagangan ini menyebabkan tekanan terhadap pasangan matawang USDJPY dan dalam masa yang sama memberi tekanan kepada pasangan matawang seperti EURUSD dan GBPUSD.

Wakabayashi penganalsis di Street State Bank berkata kesan negatif kepada pasaran dunia yang disebabkan oleh tarif yang dikenakan oleh kedua-dua belah pihak AS-China tidak terlalu serius berbanding sebelum ini.

Dolar Australia dan New Zeland juga mencatatkan peningkatan atas faktor pemulihan dalam matawang Yuan China. Minggu ini kita akan melihat jika Yuan melemah, ia akan memberi kesan kepada pandangan Bank Pusat Australia dan New Zealand. Kedua-dua RBA dan RBNZ dijangka mengekalkan dasar monetari tetapi mungkin kenyataan mereka jauh berbeza dari sebelum ini. RBNZ mempunyai banyak faktor untuk lebih berhati-hati manakala RBA lebih optimis.

kedua-dua negara ini menghadapi risiko yang serius kesan daripada pertumbuhan ekonomi China yang sedikit perlahan disebabkan oleh perang dagangan AS-China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat