Sentimen Terkini Pasaran Pada Awal Sesi Asia Hari Jumaat

558

Sentimen berisiko (Risk-Aversion) masih lagi menjadi tema dalam pasaran saham dan komoditi pada Khamis. Walaubagaimanapun sebaliknya berlaku kepada pasaran tukaran matawang (forex) di mana matawang komoditi (commdolls) mendahului dari segi kenaikan.

Satu-satunya data yang menjadi tumpuan pada Khamis adalah inflasi (CPI) Amerika Syarikat. Data merekodkan bacaan yang kurang memberangsangkan tetapi mengejutkan ia telah mengurangkan sedikit kejatuhan dalam pasaran ekuiti dengan jangkaan terhadap pengetatan monetari yang semakin berkurangan.

Data bulanan CPI hanya merekodkan kenaikan 0.1% berbanding jangkaan 0.2%. Apa yang menyebabkan bacaan kali ini perlahan adalah komponen harga sewa hartanah dan juga harga tenaga.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar setakat pada pukul 9.36 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.04%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.02%. USD/JPY pula naik 0.04%, dengan USD/CAD didagang 0.05% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang meningkat 0.05%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.04% dan peningkatan 0.08%.

Pelabur dilihat terus menyerap (priced-in) lebih banyak kenaikan kadar faedah seterusnya menyebabkan kejatuhan dalam pasaran bon.

Wallstreet pada mulanya bergerak dengan baik apabila terdapat laporan bahawa Presiden Trump akan bermesyuarat secara formal dengan Presiden Xi Jinping. Walaubagaimanapun, penasihat ekonomi Larry Kudlow menolak dakwaan itu bahawa tiada mesyuarat yang diaturkan untuk kedua-dua pemimpin tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat