Sentimen Terkini Pasaran Pada Awal Sesi Asia Hari Rabu

648

Keyakinan pengguna Amerika Syarikat melonjak ke paras tertinggi sejak tahun 2000 dalam data yang dikeluarkan semalam. Walaubagaimanapun, US dollar kekal bergerak mendatar dengan pelabur sedang berhati-hati menjelang pengumuman dasar oleh FOMC pada awal pagi Khamis. Sterling pula berjaya membuat pemulihan selepas jatuh menjunam pada Isnin.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain bergerak mendatar dengan hanya meningkat 0.04% setakat pada pukul 10.49 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.05%, di mana GBP/USD didagang susut 0.05%. USD/JPY pula jatuh 0.04%, dengan USD/CAD turut didagang 0.02% lebih rendah. USD/CHF pula didagang tidak berubah setakat ini. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.34% dan 0.48% setakat ini.

Indeks keyakinan pengguna yang dikeluarkan oleh Conference Board (CB) semalam mencatat bacaan 138.4 berbanding jangkaan 132.2. Dalam masa yang sama bacaan yang direkodkan sebelum ini (Ogos) juga dikaji semula kepada 134.7. Komponen data dalam indeks ini iaitu indeks keadaan perniagaan juga meningkat bersama keadaan pasaran buruh.

Petunjuk ini penting dan signifikan kerana ia adalah ‘leading indicator’ yang menunjukkan jangkaan positif untuk ekonomi Amerika Syarikat dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan NAFTA, tidak banyak kemajuan dalam rundingan yang dijalankan. Menurut pegawai tertinggi AS, Kanada enggan untuk memberikan konsesi kepada Amerika Syarikat. Lighthizer, perunding bagi pihak AS mengatakan mereka berkemungkinan meyelesaikan rundingan bersama Mexico terlebih dahulu dan seterusnya meneruskan rundingan dengan Kanada.

Matawang GBP pula membuat pemulihan dengan Menteri Brexit Dominic Raab menjernihkan keadaan dengan menyatakan keyakinan dalam rundingan Brexit selepas komen yang dibuat oleh Theresa May pada Isnin. Terbaru, terdapat laporan menyatakan bahawa EU bersedia untuk memberikan perdagangan bebas kepada UK tetapi tidak serupa dengan rancangan Chequers mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat