Sentimen Terkini: Pasaran Saham Bermandi Darah Dari Amerika ke Asia

1,152

US dollar bergerak mendatar berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Khamis selepas kejatuhan pasaran saham Amerika Syarikat semalaman.

Matawang safe-haven Yen pula mengukuh berbanding matawang-matawang yang lain dengan sentimen yang berisiko pada Rabu selepas laporan International Monetary Fund (IMF) yang memberi amaran terhadap pertumbuhan dan kestabilan kewangan global.

Pasaran saham global didagangkan negatif secara keseluruhan dari Amerika Syarikat ke London, Eropah sehinggalah Asia. Tiga indeks utama Wallstreet S&P500, Dow Jones dan Nasdaq masing-masing meleset sebanyak -3.29%, -3.15% dan -4.08%. Nampaknya, pasaran saham Asia pada hari ini juga banyak mendapat tempias dari China ke Jepun hingga ke Asia Tenggara.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan 0.20% setakat pada pukul 10.03 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.34%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.28%. USD/JPY pula susut 0.16%, dengan USD/CAD didagang 0.09% lebih rendah. USD/CHF pula didagang lebih rendah 0.20%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.35% dan 0.39%.

Ekuti global meleset secara keseluruhan dan penganalisis pasaran menyalahkan kenaikan hasil-bon AS yang menunjukkan jangkaan pengetatan dasar monetari yang semakin tinggi sekaligus mengurangkan potensi pelaburan oleh perniagaan.

Walaubagaimanapun Presiden Trump meyakinkan pasaran bahawa kejatuhan saham itu hanyalah satu pembetulan harga (correction).

Dalam perkembangan Brexit, ketua perunding Brexit bagi Kesatuan Eropah (EU), Michael Barnier menunjukkan bahawa perjanjian mungkin akan dicapai pada Rabu hadapan. Beliau memberi isyarat bahawa terma perjanjian telah dipersetujui sebanyak 85%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat