Sentimen Terkini Pasaran Sesi Eropah : Yen dan USD Matawang Terkuat

602

US dollar mengukuh pada awal dagangan minggu ini dengan ketidaktentuan isu perdagangan global dan politik di Jerman memberi tekanan kepada matawang tunggal Euro.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat kenaikan sebanyak 0.20% setakat pada pukul 4.27 petang.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini jatuh sehingga 0.37% dengan GBP/USD susut 0.42%. USD/JPY setakat ini pula susut 0.05%, USD/CAD naik 0.27% dengan USD/CHF naik 0.15%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.46% dan 0.25% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen, manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY jatuh sehingga 0.50% setakat pada pukul 4.30 petang.

Setakat ini sentimen pasaran agak berisiko dengan ketidaktentuan politk di Jerman, kelemahan data China dalam sektor pembuatan yang meleset dari jangkaan, dan juga penguakuasaan tariff dagangan.

Kerajaan gabungan Jerman di bawah Angela Merkel dilihat goyah apabila Menteri Dalam Negeri Horst Seehofer mengancam untuk meletakkan jawatan berikutan konflik bersama Chancellor Merkel. Seehofer mengkritik dasar migrasi Jerman walaupun perjanjian itu telah dipersetujui bersama Kesatuan Eropah (EU) pada minggu lalu.

Dalam isu perdagangan, EU dan Amerika kini dalam ketegangan dagangan selepas Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tariff terhadap pembuat kenderaan dari Eropah. Berikutan hal ini, EU telah mengancam untuk membalas Amerika dengan tariff berjumlah $300 billion jika Trump meneruskan hasratnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat