Sentimen Terkini Sesi New York : CAD Matawang Terkuat, Safe-Haven Paling Lemah

420

US dollar kekal lemah pada awal dagangan sesi New York dengan matawang Euro mencapai paras tertinggi dua minggu yang lalu. Matawang Euro menguat selepas komen oleh beberapa ahli European Central Bank (ECB) yang menunjukkan mereka telah bersedia membincangkan penamatan rangsangan ekonomi di Zon Eropah.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.35% setakat pada pukul 9.23 malam.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.48% dengan GBP/USD naik 0.24%. USD/JPY  setakat ini membuat peningkatan 0.27%, USD/CAD pula semakin susut dan kini jatuh 0.70%. USD/CHF pula menguat 0.26%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing naik 0.67% dan 0.37%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD, manakala matawang paling lemah adalah Yen dan CHF. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/JPY dan CAD/CHF masing-masing naik 0.97% dan 0.96% setakat pada pukul 9.34 malam.

CAD mendapat sokongan daripada ura-ura pengecualian tariff keluli di mana laporan mengatakan setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat Steve Mnuchin menggesa Trump supaya mengecualikan Kanada.

Matawang Euro meneruskan kenaikan sejak awal sesi Eropah selepas Peter Praet ketua penganalisis ekonomi ECB berkata kekuatan ekonomi di Zon Eropah kekal dan jangkaan inflasi semakin konsisten dengan sasaran bank pusat. Seorang lagi ahli ECB Klaas Knot berkata bank pusat perlu menamatkan pembelian bon secepat mungkin.

Yen dan CHF pula tertekan dengan sentimen pasaran ketika ini berada dalam keadaan baik. Indeks-indeks saham global ditutup lebih tinggi pada Selasa, dengan indeks Wallstreet sebentar tadi dibuka lebih tinggi. Pasaran ketika ini dilihat berani mengambil risiko yang menunjukkan sentimen Risk-On dalam pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat