Sentimen ‘Tunggu & Lihat’ Pelabur Penuhi Bursa Menjelang PRU

174

Pasaran ekuiti tempatan kekal bergerak lemah lebih-lebih lagi dengan pelabur dilihat berhati-hati berdagang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 2.49 mata pada 1,461.51 sebelum turun 4.55 mata pada 1,459.45 berbanding penutupan Isnin pada 1,464.

Di pasaran meluas, kerugian pada 145 atasi keuntungan pada 102, manakala 198 kaunter pula tidak berubah, 1,880 tidak didagangkan dan 13 digantung.

Jumlah perolehan pada 117.48 juta unit bernilai RM41.36 juta.

Jelas Hong Leong Investment Bank Research bahawa KLCI diramal menyederhana selepas rali dari paras terendah 2 tahun 1,370 menjelang PRU15 dan pelabur dijangka membeli di kaunter bertemakan pilihan raya hari ini.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan IHH Healthcare Bhd turun 4 sen pada RM8.55 dan RM5.95, Public Bank Bhd susut 1 sen pada RM4.37, Petronas Chemicals Group Bhd jatuh 7 sen pada RM8.65 dan CIMB Group Holdings Bhd hilang 5 sen pada RM5.44.

Saham aktif memperlihatkan MQ Technology Bhd turun 0.5 sen pada 3.5 sen, SYF Resources Bhd naik 1.5 sen pada 34.5 sen dan Top Glove Corporation Bhd tambah 1 sen pada RM1.03 sementara Advance Synergy Bhd dan Velesto Energy Bhd kekal pada 14 sen dan 13.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas Shariah turun 16.65 mata pada 10,503.73, indeks FBM Emas kuncup 25.58 mata pada 10,369.59, indeks FBMT 100 Index jatuh 26.22 mata pada 10,101.77 dan FBM 70 hilang 10.92 mata pada 12,354.55 sementara FBM ACE naik 13.8 mata pada 5,023.83.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 53.93 mata pada 16,234.99, indeks Perladangan jatuh 1.06 mata pada 6,901.3, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.15 mata pada 178.99 dan indeks Tenaga kurang 5.5 mata pada 726.25.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat