Senyap-senyap Amerika Nak Singkirkan OPEC!

467

Rupanya dalam diam, sebuah jawatankuasa Senat Amerika Syarikat telah mengemukakan rang undang-undang yang bertujuan untuk menyekat OPEC+.

Ini susulan keputusan kumpulan pengeluar minyak utama dunia itu yang pada awal bulan ini memutuskan pemotongan pengeluaran besar-besaran.

Rang undang-undang yang dipanggil No Oil Producing and Exporting Cartels, atau NOPEC, mendapat sokongan di Kongres selepas gesaan Presiden Joe Biden untuk menangguhkan pengeluaran oleh OPEC ditolak Arab Saudi.

Perundangan tersebut akan dibahaskan oleh penggubal undang-undang selepas pilihan raya pertengahan penggal 8 November.

Sekiranya diluluskan oleh kedua-dua dewan Kongres dan ditandatangani Biden, NOPEC akan mengubah undang-undang antitrust Amerika Syarikat untuk membatalkan imuniti berdaulat yang melindungi ahli OPEC+ dan syarikat minyak negara mereka daripada tindakan undang-undang berhubung pakatan harga.

Melihat perkembangan semasa dagangan minyak mentah, niaga hadapan Brent didagangkan meningkat pada sekitar harga $93 setong manakala WTI Amerika Syarikat pula lebih tinggi pada $85 setong.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat