Senyap – Senyap Justin Sun Buat Kerja, Adakah ‘Badai’ Bakal Melanda Pasaran Kripto?

5,772

Sebahagian kelompok ‘whale’ kripto dan pengasas TRON (TRX) blockchain, Justin Sun, didapati telah memindahkan dana daripada akaun wallet miliknya. Berdasarkan data dalam rantaian, dua hari lalu, Sun telah memindahkan stablecoins bernilai $166 juta daripada bursa pertukaran ke alamat akaunnya.

Wartawan China, Colin Wu, menyatakan bahawa pada dua hari lalu, Justin Sun telah memindahkan 95 juta USDT daripada Binance, dan 10 juta USDC, dan 1 juta USDT lagi daripada Huobi.

Walaupun Justin Sun tidak mengulas mengapa dana dikeluarkan, Colin Wu membuat dua spekulasi. Pertama, ia mungkin hasil daripada penjualan Ethereum yang didepositkannya pada Binance minggu lepas. Wu menyatakan bahawa Sun mendepositkan 166,000 Ether ke dalam Binance yang bernilai sekitar $592 juta pada masa itu. Sumber kedua yang Wu nyatakan ialah proses mencairkan daripada liquidity pool of Ellipsis (EPS).

Pada hari yang sama, Wu meyatakan bahawa didapati Sun mengumumkan telah memindahkan 50-100 juta USDC dari Ethereum ke TRON.

“Untuk menjadi telus kepada komuniti kami, kami akan menukar 50-100 juta USDC daripada Ethereum kepada TRON blockchain dalam beberapa hari. Anda mungkin melihat USDC hangus di blockchain Etheruem, yang bermaksud jumlah yang sama dikeluarkan pada TRON blockchain.” – Justin Sun

Beliau baru-baru ini menyusuli pengumuman itu menyatakan bahawa bekalan USDC yang beredar dalam blockchain TRON telah melepasi $600 juta. Kata beliau dalam Twitter baru-baru ini, “USDC di blockchain TRON telah melepasi $600 juta!”

Walaupun Sun sebelum ini menyatakan bahawa beliau yakin terhadap pontensi kripto di masa hadapan, namun terdapat spekulasi dalam kalangan pemain pasaran bahawa langkah Sun mungkin dipandu oleh jangkaannya terhadap pasaran akan ‘bearish’ dalam jangka masa pendek.

Walau bagaimanapun, transaksi berskala besar yang dilakukan tidak begitu menjejaskan pasaran kedua-dua aset kripto dengan ketara. Baru-baru ini, harga Ether dan TRX telah didagangkan cenderung ke bawah tetapi ia langsung tidak menunjukkan sebarang perbezaan aset kripto daripada aliran menurun mereka. Pada hari yang sama, TRX didagangkan pada sekitar $0.06, dengan turun 16.1% dalam tempoh 7 hari yang lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat