Seorang Lagi Adik Bekas Perdana Menteri Letak Jawatan

1,755
Kita telah dikejutkan dengan perletakan jawatan oleh Nazir Razak adik kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak. Perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan CIMB akan berkuatkuasa pada 31 Disember ini seperti yang diumumkan oleh kumpulan itu.

 

Selepas daripada pengumuman itu, tidak sampai beberapa jam seorang lagi adik bekas PM Najib Razak mengumumkan perletakan jawatan dari Petra Energy, iaitu Nizam Razak.

 

Nizam Razak meletakkan jawatan sebagai Pengarah Petra Energy Berhad iaitu syarikat penyedia perkhidmatan lapangan minyak bersepadu bagi industri huluan minyak dan gas.

 

Dalam kenyataan berasingan, Tan Sri Bustari Yusuf yang juga rakan rapat Najib, menambah kepentingannya di dalam Petra Energy sebanyak 64,000 unit saham melalui pembelian dalam pasaran terbuka pada minggu lalu.

 

Ini meningkatkan kepentingannya di dalam syarikat itu kepada 28.18 peratus, atau 90.447 juta saham.

 

Untuk rekod, Nizam Razak mempunyai 29.25 juta saham di Petra Energy dan tujuan perletakan jawatan itu adalah bagi beliau menyertai kerjasama perniagaan yang lain.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat