Seorang Lelaki Dijangkiti COVID-19 Secara Misteri!

1,326

Thailand hari ini mendedahkan bahawa mereka  telah menguji hampir 600 orang yang berpotensi dijangkiti kes coronavirus domestik pertama di negara ini dalam lebih 3 bulan, tetapi setakat ini tidak menemui jangkitan baru.

Lelaki yang berusia 37 tahun itu telah bekerja sebagai DJ kelab malam di 3 tempat berlainan di ibu kota Bangkok dalam tempoh 2 minggu sebelum disahkan positif ketika tiba di penjara, berikutan kesalahannya berkaitan dadah.

Oleh yang demikian, individu yang dianggap berisiko di 12 tempat termasuk mahkamah di mana mangsa tersebut hadir, kelab malam dan pasar raya dikesan dan sebanyak 569 ujian telah dijalankan.

Setakat ini, semua ujian disahkan positif manakala 32 individu yang lain sedang menunggu keputusan. Di samping itu, pihak berkuasa mengarahkan agar 400 individu lain yang dianggap berisiko rendah untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Lebih mengejutkan ialah cara lelaki itu dijangkiti masih menjadi misteri, dengan semua kes Thailand baru-baru ini, biasanya dikesan ketika menjalani kuarantin individu yang kembali dari luar negara.

Terkini, Thailand telah melaporkan sebanyak 3,447 kes jangkitan manakala 58 angka kematian dicatatkan dan telah melonggarkan perintah berkurung.

Di samping itu, kemunculan semula virus coronavirus di Thailand adalah satu lagi tamparan hebat kepada sektor ekonominya. Hal ini demikian kerana rancangan untuk memulakan semula sektor pelancongan yang dijadualkan pada 1 Oktober terpaksa ditangguhkan serta menguatkuasakan kuarantin wajib dan kawalan pergerakan.

Ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara itu didakwa mengalami penyusutan terbesar dalam lebih dari 2 dekad pada suku kedua kerana wabak tersebut telah menjejaskan sektor pelancongan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat