Sepandai-pandai EUR/USD Melompat, Jatuh Jua Ke Paras 1.2000

557

Menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, US dolar telah mempamerkan pengukuhan ke paras tertinggi 2 bulan berbanding Euro dan juga Yen.

Keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi AS masih didukung oleh harapan pakej rangsangan ekonomi di bawah pemerintahan Presiden yang baru.

Senator Demokrat bertekad untuk pakej bantuan dilancarkan segara walaupun tanpa sokongan pihak Republik yang sebelum ini mahukan penilaian semula pakej dengan nilai yang lebih rendah.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga kekal menyambung corak penurunan di awal minggu.

Mata wang Euro gagal mengatasi pengukuhan US dolar walaupun data-data ekonomi zon Eropah yang diterbitkan dilihat positif.

Harga susut sehingga ke zon support tumpuan 1.20000 sebelum dagangan sesi New York ditutup sedikit tinggi semula.

Harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang menunjukkan trend bearish buat EUR/USD.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Khamis), harga menguji semula halangan MA50 tersebut dengan jangkaan harga akan menyambung semula penurunan.

Penurunan harga akan kembali menguji zon support 1.20000 untuk terus merekodkan paras terendah terbaru 9 minggu.

Seterusnya paras sekitar 1.90000 akan menjadi tumpuan terbaru harga jika sentimen pasaran terus mendorong penurunan lebih rendah harga.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, paras SBR (support become resistance) 1.20550 dan 1.20900 akan diuji untuk pergerakan ke paras lebih tinggi harga.

Pelabur akan berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP yang bakal memberi impak lebih menarik untuk dagangan penghujung minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat